twitter


17 Julai 2015, Nieuwegein, isteri pegawai pertama MH17, Ahmed Hakimi iaitu Sharifah Asmaa Binti Alwee Aljuned telah menyelesaikan tugas terakhir suaminya di upacara memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 sempena ulang tahun pertama nahas itu. Upacara memperingati setahun tragedi itu telah dianjurkan oleh ahli keluarga serta waris mangsa nahas MH17 dengan mendapat sokongan daripada Stichting Vliegramp MH17 di Pusat Kongres NBC. Ahmad Hakimi adalah antara 298 individu yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. 


"Saya sukar membayangkan penderitaan dan kesedihan yang kita sedang alami."


"Adakah kita berkongsi pengalaman yang sama dalam menempuh kehilangan orang tersayang."

"Malah perjalanan dan kesedihan kita tidak boleh disamakan."


"Saya brdoa agar kita akan diberkati dengan kekuatan yang tidak terhingga dalam menangani kesedihan kita." 


"Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terakhir suami saya yang beliau tidak sempat penuhi."





"Assalamualaikum dan selamat petang, saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Wan Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dalam penerbangan MH17."

"Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Malaysia Airlines dan seluruh anak-anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami. Terima Kasih."

Ucapan yang amat menyentuh hati itu telah menerima tepukan hormat oleh ahli keluarga mangsa nahas MH17 yang lain.


Tersentuh hati apabila mendengar ucapan isteri Allahyarham Ahmad Hakimi. Biar sekuat mana dirinya menahan sabar, jauh di sudut hati pasti menangis hiba. Semoga Sharifah Asmaa serta seluruh ahli keluarga nahas MH17 terus diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sama-samalah kita terus berdoa  untuk semua mangsa MH17. Al-fatihah...



25 July 2015 | 2 KoMeN |

Tanggal 17 Julai ini genap setahun tragedi hitam terhempasnya pesawat milik MAS iaitu MH17 di sempadan Russia & Ukraine...dalam kita sedang menghitung hari utk menyambut hari kemenangan kita, ada di antara kita yg sdg berduka, bersedih mengenangkan ahli keluarga, saudara-mara & rakan taulan yg terkorban dlm tragedi itu...air mata pasti menitis sayu apabila teringat kembali peristiwa yg telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia & juga rakyat dunia...
pasti ada ahli keluarga yg terkenang saat anak,menantu, cucu mencium tangan di pagi raya...saudara mara bersalaman bermaafan...rakan-rakan menanti kunjungan sahabat handai ke rumah...namun apakan daya masa tak akan kembali...sekelip mata hancur semuanya...hanya iringan doa di pagi raya utk mereka yg terkorban dlm nahas MH17...
menjelang 17 Julai yg bakal menjengah tidak lama lg, sikit sebanyak aku jugak terkesan...terkenang kembali saat2 aku mendapat perkhabaran sedih itu...hanya dgn doa dlm sujud saja yg mampu aku sedekahkan buat mangsa2 pesawat MH17...semoga mereka semua ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & tenang di sana...tak lupa juga buat ahli keluarga mangsa...semoga terus diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan...harapan aku agar penjenayah yg bertanggungjawab akan terus dihadapankan di muka pengadilan & mendapat balasan yg setimpal...
dari Dia kita datang, dari Dia kita kembali...semuanya telah tersurat...setiap yg berlaku ada sebabnya...nasib kita yg hidup ni belum tahu lagi pangkal hujungnya...
di sini aku upload kembali lagu raya  Dendang Perantauan nyanyian salah sorang krew MH17, Allahyarham Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood yg dituju khas utk keluarganya...sayu & sebak tatkala mendengarnya kembali...lagu terakhir ini pasti akan menjadi kenangan buat seluruh ahli keluarganya...semoga keluarga arwah tabah & sabar menghadapi dugaan yg maha hebat ini...
sama2 kita terus berdoa utk mangsa2 MH17...
Al-Fatihah...


15 July 2015 | 0 KoMeN |