twitter

Pernah tak anda mengalami peluh berlebihan..??..maksud aku berpeluh secara melampau tanpa mengira keadaan, pernah..??..tak selesa, geli & menjijikan...eeeEEeee..!!!...
Pernah tak anda terfikir berpeluh secara melampau adalah satu masalah kesihatan..??..normal la tu berpeluh, tanda sihat..tapi keadaan tu pd org yg dilahirkan normal & tidak pd mereka yg menghadapi berpeluh secara berlebihan..utk pengetahuan semua masalah kesihatan ini bukanlah penyakit..tak boleh berjangkit pun..tak bawak mati pn..jgn salah faham..
Tahukah anda terdapat 1 istilah @ term khas yg digunakan dlm bidang perubatan utk  merujuk kepada masalah ini iaitu HIPERHIDROSIS...
Hiperhidrosis dialami oleh berjuta-juta org diseluruh dunia..kajian menunjukkan 3% penduduk Asia Tenggara mengalami masalah ini..hiperhidrosis tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya tapi boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya..berpeluh yg keterlaluan terutama pd bahagian MUKA, TAPAK TANGAN, KETIAK & KAKI boleh menganggu perjalanan kehidupan harian seseorg itu kerana ia akan menimbulkan rasa tidak selesa, malu, kurang yakin diri serta rendah diri ketika berdepan dgn masyarakat luar..

TANGGAPAN MASYARAKAT

Masyarakat hari ni terlalu sukar utk menerima sesuatu yg di anggap ganjil..(tp buat benda pelik2 senang pulak dorg terima..) disisih kerana berpeluh byk, dikutuk, dipandang sinis, jijik, tidak boleh bergaul & banyak lg cabaran serta dugaan yg perlu dihadapi oleh penghidap masalah ini..semuanyer mengundang rasa sakit hati, tersinggung perasaan, seksaan emosi & sedih dlm diri mereka..apa salah mereka..??..berdosakah mereka..??..segala berlaku adalah takdir..mereka tidak pernah memintanyer..mereka jugak ada perasaan..mereka manusia biasa..tapi kenapa ada yg memperlakukan mereka seperti insan yg tidak sempurna..??..cukup sempurnakah diri anda semua hingga menghakimi mereka semua..??..biarpun sering disakiti namun mereka menerimanyer dgn tabah & sabar, juga mengajar mereka erti nilai kemanusiaan..

JENIS HIPERHIDROSIS

Berbalik kepada  masalah hiperhidrosis, menurut Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Dr Jeswant Dillon, hiperhidrosis boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur, tetapi biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat. Katanya, hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
1-PRIMER  ( idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya)
2-SEKUNDER ( disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus)

BAHAGIAN UTAMA

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu 


1-      MUKA
2-       KETIAK (aksilari)
3-       TAPAK TANGAN (palmar)
4-      KAKI(plantar).
Bahagian ini akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis. Ada pesakit yang datang berjumpa saya terpaksa memakai plastik dalam kasut bagi menadah peluhnya. Ia masalah memalukan yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan kerja. Walaupun prevalens rendah iaitu hanya 3% daripada jumlah penduduk, ia membabitkan jumlah besar iaitu lebih 700,000 orang di negara kita, katanya.

PUNCA

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, tetapi ada beberapa kemungkinan yang menyebabkannya. Ia mungkin disebabkan
1-      PENYAKIT EKRIN KELENJAR PELUH di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.
2-      AKTIVITI SARAF SIMPATETIK KETERLALUAN YG MEMBERI RANGSANGAN KEPADA KELENJAR PELUH YG NORMAL, menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, tiada siapa tahu bagaimana dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak keterlaluan.
Dr Jeswant berkata, hiperhidrosis boleh diwarisi. Kira-kira 25 hingga 50 peratus pesakit mempunyai sejarah keluarga mengalami hiperhidrosis. Anak yang dilahirkan ibu bapa hiperhidrosis mempunyai kebarangkalian 25 peratus mendapat masalah sama. Masalah ini berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun dan biasanya bermula ketika mencecah 25 tahun. Namun, hiperhidrosis boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.
Ia hanya menjadi masalah besar apabila gejala peluh keterlaluan ini mula mendatangkan rasa tidak selesa, mengganggu perjalanan aktiviti harian, menjejaskan prestasi kerja dan membuatkan seseorang kurang keyakinan diri. Badan pesakit boleh mengeluarkan banyak peluh dalam hampir semua keadaan, walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin. Ia bukan saja dipengaruhi keadaan persekitaran, malah perubahan emosi seperti resah, gelisah, gementar, sedih dan gembira pun badan mengeluarkan banyak peluh.

BEBAN PENGHIDAP HIPERHIDROSIS

1-Tidak dapat melakukan aktiviti harian.                

2-Perasaan malu apabila baju dan tapak tangan basah.

3-Perlu kerap menukar baju dan stokin (lebih dua kali sehari).

4-Enggan bersalaman atau berjabat tangan.

5-Banyak aktiviti harian tidak dapat dijalankan.

6-Prestasi dan produktiviti terjejas.

7-Boleh membahayakan nyawa jika pekerjaan pesakit berkaitan dengan elektrik.

8-Malu menyertai aktiviti sosial keluarga dan rakan.

9- Tertekan

10- Kecewa dengan diri sendiri

11- Kurang keyakinan diri


12- Kulit menjadi kurang pejal akibat sentiasa lembap

13- Kelembapan berpanjangan tingkatkan risiko jangkitan bakteria dan kulat

14- Maslah dalam hubungan intim



Masalah dihadapi lelaki dan wanita adalah sama. Pada umumnya pesakit berasa kurang selesa bergaul dengan orang lain, terutama rakan baru yang tidak tahu masalah mereka. Bahkan ada pesakit terpaksa memilih pakaian berwarna gelap untuk melindungi perkara ini dan berasa tidak selesa untuk duduk berdekatan orang lain.
Selain berdepan masalah ketiak sentiasa basah, mereka perlu lebih kerap menukar stokin bagi mengelakkan gejala kaki berbau. Pada masa sama pilihan untuk kasut juga terhad akibat peluh berlebihan pada kaki.



RAWATAN



Dalam setiap tangis itu ada gembiranyer, dalam setiap sakit itu ada penawarnyer..begitu jugaklah dgn masalah hiperhidrosis ini..
Rawatan dibahagikan kepada dua iaitu
1-BUKAN PEMBEDAHAN (luaran, ubat makan, iontoforesis atau pengionan serta suntikan Botulinum toksin) 
2-PEMBEDAHAN

Dr Jeswant berkata, jenis rawatan bergantung kepada tahap masalah.
1-Jika masalah hanya sedikit, mereka diberi ubat sapu atau anti peluh mengandungi aluminium klorida. Kaedah kedua pula ialah ubat makan mengandungi ejen anti kolinergik seperti glycopyrrolate dan amitriptyline bagi mengehadkan aktiviti saraf. Bagaimanapun, kesan sampingannya yang ketara menyebabkan ubat kaedah ini kurang popular.

2-Kaedah pengionan juga kurang digemari kerana kulit berasa sakit apabila dikenakan arus elektrik. Lagipun, kaedah ini mengambil masa panjang dan perlu diulang. Suntikan Botulinum Toksin A sering digunakan untuk merawat hiperhidrosis aksilari dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh. Namun kaedah ini juga kurang praktikal kerana ia bukan saja mahal, tetapi menyebabkan rasa sakit dan perlu diulang setiap empat hingga enam bulan.

3-Cara terbaik ialah menjalani pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS) yang mengambil masa sejam. Pembedahan dapatmengatasi masalah tangan berpeluh hampir 99 peratus, ketiak berpeluh (90 peratus) dan kaki berpeluh sebanyak 70 peratus.

Pembedahan memberi kesan serta merta dan sepanjang hayat. Ia dilakukan menggunakan kaedah pembedahan lubang kunci (pembedahan minimali invasif) iaitu membabitkan luka kecil kira-kira 0.5 sentimeter, kurang sakit dan cepat sembuh. Malah tempoh pesakit tinggal di hospital juga singkat iaitu antara tiga hingga empat hari saja. Kesan luka pembedahan di bawah ketiak dapat dilindungi dan ini penting bagi pesakit, terutama perempuan, katanya.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua pesakit perlu dibedah kerana pembedahan adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah hiperhidrosis. Bagi individu yang mengalami masalah ini, Dr Jeswant menyarankan mereka mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu dan jangan biarkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan. Rawatan boleh didapati di IJN dan pusat itu menjalankan lebih 260 pembedahan hiperhidrosis sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Untuk  sementara ini hanya 2 hospital swasta & 2 hospital kerajaan yg menawarkan pembedahan ini..
Hospital swasta :
1-      Institut Jantung Negara (IJN)
2-      Subang Jaya Sime Darby
3-      KPJ Penang
Hospital kerajaan :
1-      HUKM
2-      Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA)
Ini lah senarai hospital yg menawarkan pembedahan utk hiperhidrosis...tak banyak..mungkin sebab masih baru lg di Malaysia..lagipun kos rawatan utk hiperhidrosis agak tinggi iaitu sekitar RM 10 ribu ke atas untuk pembedahan yg hanya mengambil masa lebih kurang sejam saja..tetapi kini pembedahan ini boleh dilakukan di 2 hospital kerajaan yg tersenarai di atas dengan harga yg lebih murah berbanding dengan hospital swasta..
Disini aku nak tegaskan & simpulkan bahawa HIPERHIDROSIS bukanlah penyakit berjangkit..janganlah anda semua mengamalakn ‘double standard’ pd mereka yg pernah menghidapi @ yg sedang mengalaminyer..jangan dipandang serong apatah lagi jijik pd mereka..apa yg berlaku bukan salah mereka..ini semua takdir Tuhan yg sedang berbisik menguji kesabaran serta ketabahan hati mereka..bayangkan jika 1 hari nanti ada dikalangan ahli keluarga anda yg menghidapi hiperhidrosis ini & diperlakukan seperti yg itu, apakah perasaan anda..??..what goes around come back around..renung-renungkan lah...sekian saja dari aku...

**Ya, aku adalah di antara 700,000 org di negara ini menghidap hiperhidrosis..aku memahami perasaan mereka yg tergolong dalam ‘kumpulan’ ini...alhamdulillah, kini aku tidak lagi ‘berhiperhidrosis’...terima kasih Allah kerana member aku peluang utk hidup seperti org yg ‘normal’..terima kasih jugak pada mak, ayah, adikberadik, Dato’ Dr Jeswant Dillon serta jururawat yg telah menjaga aku selama aku ‘berpantang’ disana..terima kasih semua...jasa anda semua aku kenang sampai akhir nyawa aku...

07 September 2013 | 93 KoMeN |

93 KoMeN:

  1. Anonymous
    Dec 12, 2013, 3:22:00 AM

    wahh ! information y lengkp..thanx so much coz da kongsi pasl nih..btw HSA tu pown tmpat sye lahir..so,seng lha sket na gy sne..hehe

  1. Saiff Ghani
    Dec 17, 2013, 7:15:00 PM

    sekadar berkongsi pengalaman...sy memahami apa yg anda alami...:)

  1. Anonymous
    Feb 10, 2014, 3:01:00 PM

    pegi dkat hukm nk kne jumpe dgn spe ye?

  1. Saiff Ghani
    Feb 10, 2014, 9:26:00 PM

    #ANONYMOUS-tak pasti...tapi boleh try search kat internet number yg perlu dihubungi & mayb blh buat appoitment...

  1. Ahmad Dan
    Mar 17, 2014, 10:52:00 AM

    Hospital kerjaan brapa kos dia bro ? Lama x pembedahannya ?

  1. Unknown
    Apr 11, 2014, 10:51:00 AM

    sy pun penghidap hiperhidrosis

  1. Saiff Ghani
    Apr 13, 2014, 11:43:00 PM

    Ahmad Dan- saya kurang pasti kos utk govn hospital...tp yg pasti kurang dr rm10k...anda boleh try bertanya di hospital terus...buat appoitment dgn doc..
    Ikmal Kimai- kita serupa...hehehehe

  1. Anonymous
    May 18, 2014, 9:52:00 PM

    nak tanya lepas pembedahan ada tak mengalami compensatory sweating iaitu berpeluh berlebihan di tempat lain. kalau ada, tolerable x ya?

  1. Saiff Ghani
    Jun 14, 2014, 5:21:00 PM

    Anonymous - terima kasih krn sudi singgah blog ni...actly mmg ada effect sikit...

  1. Anonymous
    Sep 2, 2014, 12:28:00 PM

    saif haqem- wat pembedahan kat IJN ea?? berpeluh kat badan n peha x after operation??

  1. Saiff Ghani
    Sep 4, 2014, 11:47:00 PM

    Anonymous - mmg ada effect...

  1. Unknown
    Sep 13, 2014, 11:01:00 PM

    Assalam..boleh hubungi saya untuk pemulihan alternatif semulajadi.
    sms/telegram/whatsapp 014-8216308

  1. Saiff Ghani
    Sep 16, 2014, 1:33:00 PM

    Atie Ika-tq sudi jengah blog ni...pd sesiapa yg ingin mencuba sesuatu yg lain blh la hubungi Atie Ika...tak salah mencuba...:)

  1. Unknown
    Oct 18, 2014, 7:12:00 PM

    sye pn mengalami masalah yang sama..tp hiperhidrosis sye di bahagian muka....sebenarnya xsmua twu masalah yang kita lalui...myb dieowg bfkir bhawa peluh tu biasa...tp xsemua org fhm gh masalah yg kita lalui...kdg2 nk buat sesuatu terbatas atas sbb2 cmnie,...hmmm...sye berharap pe yg dirancang taun nie menjadi...insyaallah sye akn buat operation tu di HKL..kawan sye ckp kos xsmpai 100...tp xtwu la skrg cmne ..

  1. Saiff Ghani
    Oct 22, 2014, 10:14:00 PM

    Nurhidayah Nur92 - betol..tak semua faham & tahu apa yg kita lalui...Insha Allah semuanya ok...harap lpas ni awk blh enjoy dgn life awk...btw tq sbb sudi kongsi pengalaman...

  1. Unknown
    Oct 27, 2014, 9:00:00 PM

    Nurhidayah nur92..sy pun berpeluh kat muka je..ngan leher..xpns pun kuyup..mcm mane erk nk buat pembedahan kat HKL tu?brape kos?

  1. Anonymous
    Oct 28, 2014, 1:51:00 PM

    Saya pun ade masalah yang sama juga...
    Dan 19.11.14 ni jumpa pakar kt HSA..

  1. Unknown
    Oct 28, 2014, 3:05:00 PM

    19/11/14 jumpa pakar?blh x bg tahu sy mcm mane proses tu nanti n brape kos..tlg ye..nk kuar rmh pun malu..blm ape2 dah basah..tlg ye kwn..msg sy 0196886843..hrp sgt dpt membantu..

  1. Saiff Ghani
    Oct 29, 2014, 9:18:00 PM

    Muhammad Aimizan - anda boleh direct terus ke HKL/HSA @ anda boleh try search di internet cara utk buat appoitment...semoga berjaya...sabar dgn dugaan kecil ni ya...

  1. Unknown
    Nov 3, 2014, 4:46:00 PM

    berapa kos kalau buat di hospital kerajaan .. please tell me ..

  1. Saiff Ghani
    Nov 6, 2014, 12:19:00 AM

    Arebib - maaf sy tiada pgalaman operate di hospital krajaan...mugkin pembaca2 lain blh tlg encik...
    #sesiapa yg pernah ke hospitak kerajaan pls tlg Arebib...tq..

  1. Anonymous
    Nov 6, 2014, 1:02:00 PM

    hospital kerajaan masih beribu jugak. saya buat under 5k.

  1. Anonymous
    Dec 19, 2014, 7:00:00 PM

    Alhamdulillah...semalam da buat operation kt HSA..pagi tadi doktor da bg balik rumah...

  1. Saiff Ghani
    Dec 20, 2014, 12:06:00 AM

    Anonymous - Alhamdulillah...kalau tak keberatan share la pengalaman anda dgn yg lain2...

  1. Anonymous
    Dec 20, 2014, 7:41:00 AM

    2 jam lbh juge kat dlm bilik bedah tu...mmg takda rasa sakit pun sbb bius penuh..cuma lps sedar tu sakit dada bila nak tarik nafas...sekarang da rasa ok..gambar sy ade whtspp pada mohamad aimizan..dua2 belah bawah ketiak ada 2 tebuk...esok g klinik jumpa doktor utk tgk luka n jahitan ni...

  1. Saiff Ghani
    Dec 21, 2014, 12:56:00 AM

    Anonymous-Jika tak keberaan boleh email pd sy?..saif_haqiem@yahoo.com..jika nk senang tggalkn no utk wsap di email...

  1. Unknown
    Feb 28, 2015, 2:17:00 PM

    Thanx for informtion..

  1. Saiff Ghani
    Mar 2, 2015, 11:27:00 PM

    Niah Leo - tq 4 visiting my blog :)

  1. Anonymous
    Mar 25, 2015, 6:28:00 PM

    Saif HaQiem, saya baru jea balik dari hospital utk jalani ETS nie, tetapi malangnya prudential insurans saya kata dia xcover, agak frust jgk. Klu tidak esok dah jalani pembedahan. Sekadar berkongsi

  1. Anonymous
    Mar 25, 2015, 6:32:00 PM

    Awak guna insurans atau byr sndiri, klu insurans nama ape yer, kalau boleh berkongsi. Sebab prudential xapprove n xcover utk ETS nieh. Klu x esok sy jalani ETS di kpj penang, boleh inform sy x di no 0175315452(jack)

  1. Saiff Ghani
    Mar 25, 2015, 10:09:00 PM

    Anonymous - actly ramai yg tx tau masalah hh ni tx di cover oleh insurance krana yg hh ni bkn kategori pyakit kritikal..so sblum buat surgery sila brtanya dn doctor dulu @ dgn agent insurance..takot t dh buat surgery insurance tx cover...

  1. Anonymous
    Mar 30, 2015, 3:57:00 AM

    Yup..problem ni kna kaunseling

  1. Saiff Ghani
    Mar 30, 2015, 9:49:00 PM

    Anonymous - masalah hh ni memerlukan kekuatan mental utk brhadapan dgn org sekeliling...kalau tak kuat mmg akan effect khidupan sharian kita...

  1. Arif
    Apr 8, 2015, 8:26:00 PM

    Sya msih belajar...x tau nk wat ape lgi

  1. Arif
    Apr 8, 2015, 8:29:00 PM

    Ade spe2 blh tlong??wassap sya-01125620425

  1. Unknown
    May 16, 2015, 5:54:00 PM

    salam.. kalau pakai ubat sapu tu kat muka ade kesan smpingan ke ?

  1. Unknown
    May 16, 2015, 5:54:00 PM

    salam.. kalau pakai ubat sapu tu kat muka ade kesan smpingan ke ?

  1. syafiq
    Sep 15, 2015, 8:43:00 PM

    Salam...sy baru blek dri HSA td...dokter bg ubat thyroid je...boleh tak spe2 tlng sy..bgtau process kt HSA untuk rawatan hyperhidrosis ni please bantu sy..wasep 0139755645

  1. Unknown
    Sep 16, 2015, 12:51:00 PM

    Asaalamualaikum....kite senasib....ade x grup wasap insan2 senasib ni ye? Hehehe.....teringin sgt2 nk pulih n nomal cm org lain....huhu

  1. Saiff Ghani
    Sep 16, 2015, 11:27:00 PM

    Syafiq - salam..dulu sy pn ada ke hospital kerajaan tp sama spt yg di alami saudara..doctor suspek tiroid...buat ujian darah semua..tp sy tak puas hati, lastnyer sy refer ke IJN...berjumpa dgn pakar...

  1. Saiff Ghani
    Sep 16, 2015, 11:29:00 PM

    Mohd Ridzwan - salam...setakat hari ni tak ada lg group wsap utk hh tp kalau di fb mmg ada...try search wethandsclub...kat situ semua senasib spt kita...

  1. Unknown
    Nov 25, 2015, 3:54:00 PM

    Kos di hospital kerajaan berapa ya??

  1. AlyB
    Nov 29, 2015, 9:12:00 PM

    salam, saya pon ada hyperhidrosis nie. planning to do the operation feb 2016. tapi lepas baca experience orang2 di internet pasal compensatory sweating, di mana ada yang menyesal buat operation ni, saya pon jadi was-was betul ke nak buat operation nie.

    so, dari skala 0 (tak teruk) -10 (sangat teruk), berapa awak nak bagi untuk side effect operation nie?

    terima kasih

  1. Saiff Ghani
    Dec 1, 2015, 8:30:00 PM

    Wong WeiWen- maaf sy tak pasti kos utk hospital krajaan...jika di IJN tak kurang dr 10k...
    mungkin ada siapa2 yg pernah operation di hospital krajaan dpt bantu Wong Weiwen..sila tinggal komen anda di sini...tq..

  1. Saiff Ghani
    Dec 1, 2015, 8:35:00 PM

    Alyb - wsalam...tak adil kalau sy katakan 100% sy menyesal dgn operation ni..actly ia tak seteruk yg dibayangkan...terpulang pd individu utk terima keadaan baru tu mcmne...bg sy mungkin skala 6/10...sy masih blh berpuas hati dgn operation ni sbb tapak tangan & ketiak sy tak lagi berpeluh mcm dulu...apa2 pn yakin dgn diri sndiri...
    tq..

  1. Unknown
    Mar 8, 2016, 11:43:00 AM
    This comment has been removed by the author.
  1. kici_bubu
    Mar 9, 2016, 9:27:00 PM

    Sy pernh buat kt ijn dlu. Mse tu umur 18 thn. Nsib ayh keje gomen so boleh guna GL ayh byr rm15 je ntk katil. So far dh dkt 8thn la sy dh free tnpa peluh di tangan. Sape2 nk thu pngalaman sy bole whtsp sy kt no ni ye 0132164800

  1. kici_bubu
    Mar 9, 2016, 9:28:00 PM
    This comment has been removed by the author.
  1. Saiff Ghani
    Mar 11, 2016, 10:07:00 PM

    Nur Paisah - sy tak pasti sama ada kenyataan ini betol @ tak..ini pendapat personal sy..jika sesuatu masalah itu menganggu urusan harian kita, adalah harus kita mencari penyelesaian masalah tu...sama mcm kes sy...sy bukan mengubah ciptaan Allah...sy cuma mahu kehidupan harian sy berjalan lancar & sy tak perlu berasa malu utk berhadapan dgn org ramai...jadi perlu sy melakukan operation ini...mungkin ada pendapat lain sy tak pasti...utk lebih kefahaman boleh la saudari rujuk pd yg pakar...

  1. Saiff Ghani
    Mar 11, 2016, 10:09:00 PM

    Kici_Bubu - terima kasih dgn perkongsian pengalaman anda...harap dpt membantu yg lain juga...

  1. Unknown
    Apr 15, 2016, 6:10:00 PM

    Sedih kn bila terpaksa bataskan aktiviti kta sbb ni..org x kn phm..

  1. Unknown
    Apr 19, 2016, 2:39:00 PM
    This comment has been removed by the author.
  1. Unknown
    Apr 19, 2016, 2:40:00 PM
    This comment has been removed by the author.
  1. Unknown
    May 14, 2016, 11:35:00 PM

    penderma darah boleh dapat rawatan percuma kat hospital kerajaan. hukm bole guna buku derma darah untuk buat operation hyperhydrosis

  1. Saiff Ghani
    May 28, 2016, 5:37:00 PM

    Zuraida Mohamad Noor- jangan sedih...anda harus kuat...jgn bataskan aktiviti..sy dulu semua aktiviti sy buat...apa yg org lain blh buat sy pn blh buat...cuba cabar diri anda...percaya dgn diri anda k..jgn sedih2...life is too short to be sad...

  1. Saiff Ghani
    May 28, 2016, 5:40:00 PM

    Emmir Azmeer- terima kasih kerana sudi utk berkongsi...pd siapa2 yg ingin bertanya blh berhubung dgn saudara Emmir..mungkin anda blh tanyakan pengalaman & minta sedikit semangat..

  1. Saiff Ghani
    May 28, 2016, 5:40:00 PM

    Hakim Futra - terima kasih utk info itu...

  1. Anonymous
    May 30, 2016, 1:36:00 AM

    Sesiapa yg pernah buat pembedahan di hsa bole tlong whatapps saya tak prodes dia?saya ada masalah hyperhidrosis di bahagian muka.. tlong2 0175004847

  1. Anonymous
    May 30, 2016, 1:45:00 AM

    Sesiapa yg pernah buat pembedahan di hsa bole tlong whatapps saya tak prosedur dia?saya ada masalah hyperhidrosis di bahagian muka.. tlong2 0175004847

  1. jurina jun{Dolphin}
    Jun 9, 2016, 11:34:00 AM

    please... bolh tlg bgi infokh... pasal kos pembedahn d HUKM.. PLEASE.. Whtspp sy 0195386169@ email sy jurinajun@gmail.com

  1. Unknown
    Aug 6, 2016, 12:10:00 AM

    Wslm ...😪sy pon ada penyakit yg same

  1. Missiza
    Oct 7, 2016, 1:35:00 AM

    Awk da jalani pembedahan ke?berapa kos operate?

  1. Unknown
    Nov 23, 2016, 4:15:00 PM

    Saya pernah operate ets di ijn 2007.. Kos masa tu dalam 11k.. Saya Boleh share experience if sapa2 nk tahu.. Email sy vladivostok83@yahoo.com

  1. Unknown
    Dec 8, 2016, 11:41:00 PM

    Saya salah sorang pesakit hyperhydrosis.btw tahun lepas (mei 2015) saya ada buat operation untuk hyperhidrosis ni la. Before that saya jst berpeluh kat tapak tangan and tapak kaki. Tapak tangan tu toksoh kabor la bapak banyak. Sampai menitis. Saya detect masa saya umur 9 tahun lagi but saya jst thnk positif . Mungkin peluh biasa then bila da umur 17 tu mmg melampau2 peluh dia. Tu saya p jmpe doc and doc saran suruh operate. Before operate tu dia ada cakap tentang risiko2 .mungkin akan berpeluh tempat lain pulak lepas ni. And saya tak fikir panjang sbb saya terlalu rimas dngan keadaan saya. And now alhamdulillah tangan saya dah setahun takpernah berpeluh but dekat kaki saya masih lagi berpeluh tapi tk banyak macam dulu la.lepas operate tu saya rasa satu perubahan dekat bdan saya. Yaa bdan saya dah mula berpeluh even tak buat apa apa aktiviti. And peluh dia menitis kut dri dada ke perut.mmg banyak plus berpeluh dekat ketiak . Sblum ni tk pernah peluh dkat ketiak. Lepas operate ni mmg menjadi2. Saya tk buat apa apa aktiviti pun peluh melampau. So saya nak mnx pendapat. Boleh ke buat operation again ? And perlu ke saya buat untuk kembalikan keselesaan saya ? Bte awak lepas operate tu tak ada ke peluh dkat tmpat lain ?

  1. Unknown
    Dec 8, 2016, 11:43:00 PM

    Saya salah sorang pesakit hyperhydrosis.btw tahun lepas (mei 2015) saya ada buat operation untuk hyperhidrosis ni la. Before that saya jst berpeluh kat tapak tangan and tapak kaki. Tapak tangan tu toksoh kabor la bapak banyak. Sampai menitis. Saya detect masa saya umur 9 tahun lagi but saya jst thnk positif . Mungkin peluh biasa then bila da umur 17 tu mmg melampau2 peluh dia. Tu saya p jmpe doc and doc saran suruh operate. Before operate tu dia ada cakap tentang risiko2 .mungkin akan berpeluh tempat lain pulak lepas ni. And saya tak fikir panjang sbb saya terlalu rimas dngan keadaan saya. And now alhamdulillah tangan saya dah setahun takpernah berpeluh but dekat kaki saya masih lagi berpeluh tapi tk banyak macam dulu la.lepas operate tu saya rasa satu perubahan dekat bdan saya. Yaa bdan saya dah mula berpeluh even tak buat apa apa aktiviti. And peluh dia menitis kut dri dada ke perut.mmg banyak plus berpeluh dekat ketiak . Sblum ni tk pernah peluh dkat ketiak. Lepas operate ni mmg menjadi2. Saya tk buat apa apa aktiviti pun peluh melampau. So saya nak mnx pendapat. Boleh ke buat operation again ? And perlu ke saya buat untuk kembalikan keselesaan saya ? Bte awak lepas operate tu tak ada ke peluh dkat tmpat lain ?

  1. Saiff Ghani
    Dec 18, 2016, 10:24:00 PM

    terima kasih pd yg masih sudi singgah mbaca di blog sy ni...maafkn sy tak berkesempatan nk reply smua comment...so kali ni sy rangkumkan smua jawapan...utk prosedur operation rasanya smua hospital sama...anda perlu mndptkan nasihat pakar dulu sblum buat kputusan utk operation..slalunya doc akan advise utk operate...salah 1 kesan @ risiko yg trpaksa di tggung oleh HH slpas operation ialah berpeluh di tempat lain...sy prnah brtanya soalan yg sama pd doc pakar IJN apa akan brlaku jika sy buat 2nd operation...jawapannya akan berpeluh di tempat yg lain pula sbb badan manusia tak blh kering 100% tnpa peluh...manusia prlukan peluh utk sihat...adalah term2 doc yg disebut tp dh lupa...so sy redha ja bila badan sy berpeluh...asalkan bukan di tapak tangan..klu tak, sy sussah nk bkerja...ketika sy operation sekitar tahun 2009 kos kseluruhan lebih kurang 12k di IJN...tp kos ni brgantung pd brapa hr anda tggal di hospital & jnis bilik yg dipilih...utk check up susulan di kira lain harga ya...harap sy dh mnjawab smua soalan2 di atas...

  1. Anonymous
    Dec 20, 2016, 10:17:00 AM

    Salam Tuan Saif, nak tanya:

    1. Ada try guna insuran tak untuk buat bayaran wad dan pembedahan? Kalau ada, apa insuran yang digunakan ya?

    2. Contoh macam saya, penyakit berpeluh saya di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Selepas buat pembedahan tu, awak ada tak kena side effect seperti berpeluh teruk di dada, di paha dan sebagainya? Bagi saya, perlu untuk buang berpeluh di tangan sebab kebanyakan benda memerlukan biometrik sekarang dan tapak kaki pula supaya tidak licin dan berbau.

  1. Saiff Ghani
    Dec 21, 2016, 12:19:00 AM

    wsalam Tuan tanpa nama...
    1. ketika zaman sy iaitu skitar 2008, masalah HH ni kurang sgt diketahui...nk cari maklumat ttg HH pn ssah sgt krana masalah ni agak jarang di bincangkan di mana2 media sosial apatah lg nk tersenarai sbg penyakit dlm list cover insurance...mmg bayaran kseluruhan operation adalah bwh tggungan sndiri ketika itu...tp zaman skg sy kurang pasti ada @ tak insurance yg cover utk msalah HH ni...kene rujuk pd yg arif...
    2. terus terang sy katakan slpas operation mmg akan ada side effect...doc pn ada nyatakan risiko slpas operation..antara risiko yg trjadi slpas operation ialah berpeluh di badan peha & dahi...sy mmg mngalaminya skg..tujuan sy mbuat operation adalah sbb kerja...sy byk deal secara berhadapan dgn customer, so sy kena pastikan tapak tangan sy kering ketika berurusan dgn mereka..mgenai badan & peha yg berpeluh sy redha seadanya...
    harap sy dh mnjawab soalannya...terima kasih..

  1. Unknown
    Jan 16, 2017, 10:46:00 PM

    kiranya ada risiko la nak buat operate..saya ingat nak buat jugak tp rasa cm tkot je sb ada effect..so skrg ni redha je la..

  1. Unknown
    Jan 16, 2017, 10:47:00 PM

    kiranya ada risiko la nak buat operate..saya ingat nak buat jugak tp rasa cm tkot je sb ada effect..so skrg ni redha je la..

  1. Nurul Iman
    Apr 5, 2017, 1:16:00 PM

    Saya pun salah seorang yang ada hiperhidrosis ni . Now saya dah 18 and saya hidap penyakit ni dari kecil lagi . So far selama saya bersekolah , memang sangat susah nak menulis kalau tangan berpeluh sebab kertas jadi basah . Lagi2 masa nervous nak jawab exam like spm , memang kena standby tissue kat tangan untuk elakkan paper basah . Saya banyak berpeluh di kaki dan tapak tangan and benda ni buat saya down sangat bila nak bersalaman dengan orang . Anggota badan lain macam muka or ketiak takada masalah . Just kaki and tapak tangan je . My parents kata situasi saya tak teruk sangat sampai kena jumpa doctor . But diaorg tak tahu apa yang saya hadapi setiap hari . 😥

  1. Unknown
    Jul 8, 2017, 10:29:00 PM

    Rawatan kt klinik utk hiperhidrosis bleh buat kt sni..sya tanya kt klinik Dr Ko rawatan utk ETS 8k...byk jugak klinik bleh buat rawatan tu.tq..kt sni link

    .https://www.facebook.com/groups/556479761041289/permalink/1516205125068743/

  1. Unknown
    Jul 8, 2017, 10:38:00 PM

    Kt fb ade link nie lgi senang
    https://www.mydoc.asia/ms/clinics/excessive-sweating/malaysia

  1. Budi
    Aug 24, 2017, 1:40:00 PM

    saya dah buat ETS. badan peluh banyak, muka dan kepala takde peluh jadi pelik. Dah berlari, buat kerja berat tapi peluh tak keluar pun di bhg kepala/muka. Doktor atau sesiapa boleh cadangkan tak saya nak buat pembedahan reverse ETS. ctct saya please.

  1. Ismailmazlan94
    Sep 16, 2017, 9:29:00 AM

    Ak pun ade masalah yg sama mcm korang..rasa mcm serba salah pulak nak wat rawatan ETS nie huhu..ade alternatif seperti suntikan botulinum type A,ubat sapuan aluminium chloride based effective 3-5 days,iontophoresis,laser...ubat sapuan x berkesan bg saya harga dlm RM60+,sekarang mncari alternatif lain maybe akan mengambil suntikan botox (botulinum type A)tp kaedah in hanya bertahan 4-7 bulan..tiada ke kaedah permanent lain..huhu..jika ade whatapp saya 01116878080

  1. Unknown
    Aug 9, 2018, 6:28:00 PM

    Salam tuan,
    Sya nk tanya masalah hyperhidrosis ni akan berhenti ke? Bila meningkat dewasa?

  1. Saiff Ghani
    Aug 18, 2018, 11:41:00 AM

    Muhd Danial - setahu saya setakat ni xada yg kata hh ni akan hilang bila dh dewasa..sy mula sedar ada hh sejak standard 3 smpai umur 23tahun & sy decide utk operation...

  1. Unknown
    Jan 16, 2019, 12:11:00 AM

    Asalamualaikum ..selamat sejahtera ari ini saya hendak berkongsi pengalaman saya lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang pembacaan amatur blog penyakit dan rawatan ..secara ringkasnya penyakit ini hanya berkesan dgn kaedah pembedahan sahaja ..bagi pesakit HYPERHIDROSIS sekunder atau bawaan lahir.ia tidak dapat dinafikan Seperti contoh

    Kos pembedahan di Iheal medical centre di mid valley KL..dalm rm 10500 menggunakan kan teknologi terkini iaitu teknik klip saraf pakai titanium plat dkt saraf..bukan secara kaedah memotong saraf yang lama..sememang nya tidak dpt direverse operation..keberkesanan adalah 98% di tangan dan 80% di tapak kaki..
    Perlu diingatkan penyakit ini adalah saraf abnormal @ tidak normal .selepas itu pembedahan peluh masih akan cuba keluar di mana mana bahagian tubuh yang lebih sensitif pada suhu seperti di bahagian kepala belakang badan dan pada permukaan yang kulit nipis .Peluh yang keluar adalah dianggap biasa memandangkan saraf Hanya dipotong atau dikepit saluran daripada penerimaan isyarat peluh..

    Tidak banyak ubatan alternatif menjanjikan kesan 100% penyembuhan tetapi sekadar melambatkan dan merencatkan sahaja

    Antara produk yang saya pernah guna ialah 1)PERSPIREX rm 60
    Ubat sapuan oral ..kandungan aluminium Clhoride ianya tidak berkesan kemudian percubaan ubat sapuan ANTIPERSPIRANT SPRAY ATAU GEL daripada UK..saya beli dengan nazhan Kamal ..kadar keberkesanan antara 25% ke 30%

    2)Rawatan akupuntur dan homeopati
    Rm 40 sekali rawatan ..tidak berkesan j jangka masa rawatan ulangan 2 minggu sekali..

    3)Rawatan perubatan elektronik Terengganu..menggunakan rawatan DNA seperti sampel rambut dan kuku pesakit untuk dibuat ubat .
    Keberkesanan ..ambil masa 6 bln untuk tengok kesan ..lagipun kos rawatan ubat sahaja Rm 50 sekali sebln.

    4)Suntikan botox (BOTONILINUM TOKSIN A)
    Bagi mereka yang betul tahan sakit bolehlah mencuba lebih 50 suntikan di kedua dua tapak tangan secara berterusan ..HEHE
    Tahap kesakitan antara 7 atau 8 /10 ..tinggi bukan..harganya rm1500 sekali rawatan .
    Tapi bergantung pada tingkat parah seseorang juga..kepada saya ia pelaburan tidak berkesan
    Kebanyakan rawatan ini berkesan pada jenis penyakit axilliary (ketiak) HYPERHIDROSIS sahja ..

    5)Rawatan ALIRAN ELEKTRIK ATAU IONTHOPERASIS menggunkn MESIN hidrex GS -400 beharga Rm 2600 (termasuk duti import)saya ada beli 2 mesin ini satu digunakan untuk travel dan satu disimpan di rumah
    kesan: bergantung pada individu ..dan tingkat serius penyakit..
    Ada testimoni kekeringan seawal 3hari -3 minggu rawatan
    Kesan: 75% hingga 85% kering..sekiranya menggabung kan makanan tambahan seperti vitamin B Kompleks dan jus tomato masak ranum setiap hari..INSYALLAH kadar kekeringan akan bertambah tinggi

    6)Rawatan herba iaitu SAGE LEAF
    Boleh dirujuk pada internet ..Sage telah lama digunakan dalm rawatan HYPERHIDROSIS. Di negara barat telah dipatenkan sebagai herba merawat HYPERHODROSIS
    Di Malaysia,Sage kurang dikenali tetapi di boleh cuba ditanam di halaman rumah seperti yang dibuat saya sekarang ini..
    Jika berminat and boleh mencuba dapatkan dengan nazhan Kamal selalu pemilik HYPERHIDROSIS CENTRE DI INDONESIA (IHHC) herba Sage yang kering untuk dibuat teh selaku pemilik
    Selain itu,banyak produk Antiperspirant yang mujarab dijual di centre nya ..
    Just taip dalam Google sahaja ..anda akan menemuinya.
    Semoga perkongsian saya ini akan memberi korang ilham untuk mencubanya ..sekian

    # Selamat mencuba dan beramal

  1. Unknown
    Jan 16, 2019, 12:15:00 AM

    #MESIN HIDREX GS - 400#
    TERAPI IONTHOPOROSIS
    GOOD CONDITION
    1 SET LENGKAP
    HARGA RM 1500
    TERMASUK KURIER
    BERMINAT !! HARGA BLH RUNDING KAWTIM SAMPAI JADI BELI..

    JIKA ANDA MERUPAKAN WARGA IPOH DAN AREA BERDEKATAN SEWAKTU DENGAN NYA BOLEHLAH
    DATANG TNGOK DAN BELI TAKE AWAY.

    BERMINAT!!!

    HUBUNGI / WASAP :
    017 - 9388485 (IZWAN)
    UNTUK VIDEO DAN GAMBAR SERTA PENERANGAN RINGKAS ..

    SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!

  1. Anonymous
    Aug 16, 2019, 3:17:00 PM

    Hi.. Salam semua sahabat2 yg ada hiperhidrosis ni.. Semoga dalam lindungan Allah sentiasa.. Sy nk cari bini ni.. Bosan dh org tnya bila nk kawin ni.. Umo nk masuk 40 dh ni.. Nk cari yg sama spesis la senang sikit xpyh nk sorok2.. Boleh peluh sama2 nnti.. Haha.. Ada yg sudi x?

  1. Anonymous
    Aug 16, 2019, 3:18:00 PM

    Lupa plak nk tnggal no phone 0108657765

  1. Unknown
    Nov 14, 2019, 9:58:00 AM

    Saya pon sama... Saya operate tngan kaki lngsung dah tak ada.. .Tp dada dgn peha ya Allah.. Ketiak juga....

  1. Arif
    Dec 16, 2019, 9:35:00 PM
    This comment has been removed by the author.
  1. Arif
    Dec 16, 2019, 9:40:00 PM

    Klau ad gp add sy-01128946768

  1. Anonymous
    Dec 16, 2019, 9:50:00 PM

    Jom create gp whatsapp geng?hehe.add no sy ye-01128946768

  1. Unknown
    Jun 28, 2020, 10:01:00 PM

    Ada sesiapa boleh bantu saya jg.. Ws number saya 01110368227.. Perlukan info yg tepat

  1. ANITA
    Nov 21, 2020, 12:20:00 PM

    Me too..klu ad group bole add saya 0175346300

  1. Anonymous
    Sep 12, 2021, 3:14:00 AM

    Saya ada masalah hyperhidrpsis yg teruk. Di bhgn kepala, muka, badan, dan armpit ��. Saya baru plan utk operate. Utk student ipta mcm sy, berapa agak2 kos diperlukan utk buat ets di hospital kjaan ? Pls someone help me. Saya nak sgt tahu & nak hidup normal mcm org lain. Ws saya 60135502330

  1. Unknown
    Oct 6, 2021, 7:53:00 PM

    Jadi x ,ade kesan x mcm kurang peluh ke?

  1. Unknown
    Oct 13, 2021, 1:53:00 PM

    saya cuba jawab pertanyaan ye.anak saya lelaki umur 16thn bru buat operate ets di iheal medical centre.kos rawatan rm9988.daycare surgery.20 minit shja siap.teknik klip rawatan saraf.bukan potong saraf.pukul 11pg msuk dewan bedah.pukul 4ptg dh boleh balik hari yg sama.lps bedah srta merta tapak tangan kering.tp peluh prgi ke tapak kaki dn blakang badan sikit.kesan ni normal doctor bg jelaskn.klu nak hospital krajaan,saya sarankn di HUKM.caranya prgi klinik dulu utk dptkn surat rujukan dr doctor yg mngesahkn ada sakit hyperhidrosis.kemudian dtg ke hukm bhagian pembedahan utk serahkn surat rujukan.nnti hukm akn telefon utk brjumpa doctor.tp klu hospital krajaan akn ambik masa dlm sebulan utk brjumpa doctor.doctor akn tgk dulu tahap mana seriusnya hyperhidrosis kita.dn akn tntukn rawatan yg sesuai utk kita.harap membantu.

  1. Anonymous
    Jan 24, 2023, 6:20:00 PM

    Helo..boleh hubungi saya..ada pertanyaan tentang penyakit peluh berlebihan ni...hubungi saya di 0135503617..

  1. Anonymous
    Mar 23, 2023, 12:05:00 PM

    hy sy umur 17 tahun , sy juga ingin berkongsi pengalaman sy , sy mengalami palmar hiperhidrosis yang sangat teruk sejak kecil dan sy telah menjalani pembedahan pada hari ahad 19/3/23 , malangnya tetap sama :) berpeluh tempat lain sy x kisah yang penting jangan tapak tangan 😭 hanya Tuhan yg tahu perit nye hidup :) so , operation sy gagal lah ye hm , sedih sangat . harapan sy lepas buat pembedahan akan menyelesaikan masalah sy 🥺 adakan harapan sy terlalu tinggi ? sy cuma nk hidup macam orang lain . benda ni sangat menggangu :) sampai satu tahap rasa macam tak nak hidup . tak lama lagi sy nk SPM . rasa nk berhenti sekolah pon ad , tapy sy fikir masa depan nanti macsm mane kan :) . ad sesiapa yg tahu x apa lagi cara . tolong ws sy ye 🙏🏻 sy tinggalkan nombor 013-9738033 ( aini ) tq orang baik ❤️

  1. Anonymous
    Aug 9, 2023, 2:52:00 AM

    Saya pulak sejak kecil seluruh badan kuat peluh kecuali tapak tangan dan kaki..tetapi ini telah menjadi satu masalah yang besar terhadap saya..saya akan berpeluh dengan banyak walaupun di tempat yang tak panas..kalau panas lagi teruk jadinya..kebelakang ini semakin teruk dan banyak peluh saya walaupun di bawah aircond…jalan slow2 pun akan basah baju saya..jadi saya tengah memcari cara untuk atasi..harap sini boleh mendapatkan caranya..saya cuma ingin kurangkan peluh badan saya..kalau ada yang boleh bantu tolong whatsap saya 01137796605…dan di sini nak minta maaf kerana tak pandai sangat bahasa melayu..terima kasih

Post a Comment